26 April 2010

nina tau ira kuat !!

al-Fatihah buat sahabatku NURYNA SAHIRA BT ZULKIFLI atas pemergian ayah kesayangan ke rahmatullah..mudah-mudahan Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang2 yg beriman..insya Allah.





semakin lama semakin banyak berita kematian yang sampai ke pendengaran kita semua.yang ni belum masuk yang kita tak tahu..Allah s.w.t. tak kira siapa,di mana,bagaimana,bila Dia nak jemput kita jumpa Dia..semua tu dah tertulis di Luh Mahfuz.hanya Allah sahaja yang tahu saat itu..bila dah sampai waktu,Allah akan perintahkan malaikat untuk melaksanakan tugasan itu..


setiap kali dengar berita yang satu ni,hati kecil selalu tertanya-tanya,"dah sedia diriku ni andai kata Allah jemput aku saat ini,ketika ini,detik ini??dah cukup ke amalan yang disediakan untuk dijadikan bekalan kat dunia lagi satu??Ada tak hutang piutang yang belum terlangsai??Dah selesai ke semua tanggungjawab,amanah yang Allah berikan pada aku??Allah terima tak taubat aku??"



betapa banyak persoalan yang belum tentu terjawab oleh kita sendiri.macam-macam soalan akan timbul waktu tu..kalau boleh nak je minta dengan Allah lambatkan saat tu.kita cakap"bagilah aku masa sikit lagi.aku nk buat amalan soleh banyak-banyak.."alangkah bagusnya kalau kita dapat peluang sebegitu..tapi Allah dah kata AJAL tu tak akan lambat atau cepat walau sesaat..Allah sendiri menepati masa..


jangka masa hidup kita diibaratkan seperti antara waktu azan,iqamat dengan solat.ketika kita dilahirkan kita disambut dengan laungan azan dan iqamat..saat perginya kita nanti kita disudahkan dengan solat jenazah..alangkah singkatnya hidup kita bila kita menyedari tentang hakikat ini..


boleh lagi ke kita nk bersenang-lenang bila tahu amalan soleh belum cukup??kalau rasa dah banyak,kita fikir betul ke Allah terima amalan tu??banyaknya dosa yang kita buat,yg kt sedar atau tak sedar."mulut aku ni tajam selalu sakitkan hati orang..orang tu maafkan aku x??hati aku ni selalu kutuk arab yang lalu depan mata.agak-agak dia sudi terima 'asif dari aku x?tangan aku ni selalu bagi sedekah,banyak pulak tu tapi ikhlasnya kurang sikit.Allah nak tak terima sedekah aku??aku solat awal waktu sebab nak cepat.cepat solat cepat boleh online..solat aku Allah pandang x?aku tak suka buat kebaikan depan orang sebab takut riak..tapi aku bangga sebab tiap malam aku buat tahajud.tak pernah miss pun..ujub ke namanya tu?"



Ya Allah...betapa lemahnya imanku.diriku saat ini andaikata Kau menjemputku..malunya aku nak berjumpa denganMu dalam keadaan yang hina..Ya Allah,kuatkan semangatku,tetapkan imanku,istiqamahkan aku dalam menjalankan ibadatku padaMu,ikhlaskan niatku hanya keranaMu Ya Allah dan untuk perjuangkan Islam..Ya Allah...Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih,terimalah taubatku,terimalah amalanku walau ianya sebesar zarah..Ya Allah..jemputlah aku disaat keimananku padaMu adalah yang terbaik.amalanku ikhlas keranaMu,hidup dan matiku hanya keranaMu Ya Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta..

aminn..





iraku syg..nina tau ira kuat..kuatkan semangat ye ira..Allah sayang arwah papa ira lebih dari sayang ira pada arwah papa..dan Allah pun sayangkan ira.sebab tu Allah uji ira dengan musibah ini..Allah nak suruh ira lagi kuat dari biasa..Allah nak ira jadi penguat semangat untuk umi,abang dengan kakak ira..kalau diorang tengok ira kuat,diorang pun akan kuat utk hadapi dugaan ni..redhakan hati ira atas pemergian arwah papa ira ye syg..setiap yang hidup ada masanya untuk kembali pada si Pencipta..masa arwah papa ira dah smpai..mana tau 2,3 minit lagi nina pulak ke..Allah tu Maha Berkuasa..kita yg masih hidup ni kena teruskan kehidupan dan jadikan kehidupan kita lebih bermakna dari sebelumnya.kita sama2 doakan mudah-mudahan arwah papa ira ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..insya Allah..





"Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah dari pengikut(nya) yang bertakwa.Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah,tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh).Dan Allah mencintai orang-0rang yang sabar.."

(Ali 'Imran : 146)






Al-Fatihah untuk arwah papa nuryna..takziah untuk nuryna sekeluarga~


sk ngan yg ni~ :)
















24 April 2010

sabarkah kita jika kita adalah IBU HANA ??

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA
|| KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI... ||



Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.


Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.


Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.


Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.


Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.


Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.


Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.


Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.



Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.




Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.




Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.





Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.





Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.



Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.



p/s : mudah-mudahan Allah kuatkan semangat ibu Hana dan Hana sendiri..Ya Allah Kau selamatkanlah Hana dan jadikan dia anak yang solehah kepada kedua ibubapanya pada masa depan..Kau yang Maha Penyayang & Maha Menjadikan..berilah yg terbaik untuk Hana sekeluarga..

||::> sm2 kita ringankan mulut kita doakan kesejahteraan adik Hana dan sedekahkan al-Fatihah untuk adik Hana.semoga cepat sembuh.Insya Allah..harap Cikgu Rohaizan akan tabah menghadapi dugaan ini.Setiap peristiwa ada hikmahnya..


فإِنَّ مَعَ اْلعُسْرِ يُسْرًا

"Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan"

(94:5)

(NO SWEAT to do this~mn tau 1 hari nanti kita yg diuji pula..)

20 April 2010

slalu kt LUPA & jrg kt nk INGAT !























































*sm2 kita muhasabah diri msg2..sy nk share 1 pepatah ini dengan semua :



i don't like you but i'm respect who you are because maybe one day you will be better than who i am today!




18 April 2010

kuasa en. NIAT !




Jom kt niatkn diri kt hanya krn Allah & Islam ~


en. niat
!dia tu knalan sy.hehe.rsnya sumer org knal dia..dia ad nm len.ala2 nm manja yakni en.NAWAITU..nm manja tp pnjg~kih3.xbaik komen lbh2..dia ni kdg2 bley jd baik kdg2 x..tgk sape yg tman dia time tu..sy sbnarnya xpernah nmpk dia.tp dia sntiasa ad ngan sy..


dia ni walaup0n kt xnmpk dia tp don't play2 with him!!dia ad power tu..hehe.dia mmg berkuasa sgt2!tp walau tinggi mn kuas dia p0n dia ttp lemah pd yg 1~cuba teka sape dia??mstila tuan dia..sumer bnda ad tuannya.kt p0n ad TUAN kt iaitu.....ALLAH s.w.t!kt kn patuh arahan tuan kt.kalo x Dia akn marah..tp tuan kt baik.Dia Maha Penyayang n Maha Pengampun..Dia syg akn hamba2Nya..

berbalik pd kwn sy tu a.k.a EN.NIAT..dia tu mmg berkuasa sgt2.kalo kt bgtau sumthg kat dia,mmg jd la bnda tu.sbnarnya sy xtau nk describe dia cmner lg..walaup0n ktorg rapat tp sy reti nk gtau cmner..sbnarnyer ad kisah antara kami yg terjadi smlm..



kisahnya bermula ~

hari ni sy gi satu tmpt ni..ad majlis..en.niat ikut skali.dia ni mmg xleh berpisah ngan sy..slalu je ad.b4 g tu sy gtau dia "At2..kt g ni nk mkn je tau..xyah jumpa la ngan VIP2 tu ek..apa yg penting?!"serentak kami berkata "MAKAN!"..mmg kuat mkn bt0l ktorg..hehe

nk dipendekkn citer..sy p0n smpailah kat tmpat kejadian bersama kwn2 yg len..mmg kuasa en.niat ni mantap la!hehe.kat situ,sy ngan kwn2 mkn2 je.mmg xjmpa la VIP yg dtg tu..tp xde la stiap detik tu duk mkn je..tp mmg nmpk la kuasa en.niat!

kisahnya camtu la..pengajaran dr kisah ni,kt kn slalu bt0lkn en.niat msg2..mgkin en.niat kt kdg2 baik kdg2 x.kalo agak2 en. niat kt tu dh terpesong,termsk longkang ke cpt2 slamatkn dia.sian dia kalo kt biarkn dia lm2 dlm keadaan camtu.nnt effect dia kat kt jgk..andai kt dia msk longkang kn,pastu kt xcpt2 bersihkn dia nnt bau busuk tu akn melekat kat kt jgk.sbb nyer dia kn sntiasa disamping kt..so,jg en.niat masing2.peliharalah dia dgn condition yg baik.insya Allah kt p0n akn jd baik..


* sy rs cam sape bc post ni msti pening!huhu.sori la sahabat..sy ni xreti nk bercerita..harapnya apa yg sy nk smpaikan tu tersampai la kat sumer..insya Allah akn sy pertingkatkn lg mutu sy bercerita!kih3..doakn la ye~


p/s pihak penaja : bt0lkn niat kt dlm melakukn ap2 ibadah..niat yg baik akn ad balasan yg baik.Insya Allah..



10 April 2010

laksa & kami ~

ari ni turn sy yg msk..sy msk laksa!1st trial!alhamdulillah sumer kenyang~heehe..ni resepi laksa TANTA mali..sy nk share resipi ni ngan sumer..sape rs nk wat bley je..simple n easy !

bhn2 :

ikan makarel (tuna la..kalo mlysia ikn pe xingat!hehe)

cili kering

bwg merah

tomato puri

asam keping

daun ruu (ganti daun kesom~daun tu cam daun pkk ru!)

gula garam (bnda paling WAJIB!)


cara2 nyer yg snang :)

1. mula2 rebus ikan..(ltk la 2,3 kpg asam)

2. dh siap rebus,asingkn tulang ngan isi..

3.blend(nm len KISAR ~)kn isi ikan tu..ketepikan dl..

4.pnskn minyak..

5.tumis cili kering yg diBLEND bersama bwg merah..

6.dh agak2 masak,msk kn tomato puri..

7.kalo dh sebati sumer kt msk kn isi ikan yg diblend!

8.tmbh air utk cairkn kuah tu(kepekatan ats KEGEMARAN pemasak!)

9.msk kn asam keping..

10.dh agk2 mendidih tu msk kn pulak daun ruu..(ptg kecik2)

11.dh sebati sumer,kt msk garam..(secukup rs)

12.dh siap kuah laksa TANTA kt.. :)

ulam2 :

kobis

timun

kcg pnjg yg PENDEK a.k.a kcg buncis

limau nipis


*mkn ngan spageti..sbb nyer kat TANTA xde laksa..
cam SIMBOLIK la tu.hehe


SELAMAT MENCUBA shbt2ku..

04 April 2010

AYU!!!nk tau sumthg x?



sy & sahabat sy !


sy syg awk!

tu yg sy cuba smpaikn..

awk tau x??

sy syg awk smpai bl2!

walau awk dh lupakn sy..(hrp2 x! :) )

sy ttp sygkn awk..

sy hrp kt sm2 MUMTAZ !

sm2 dpt jodoh yg baik!

ALIM kabir..

hehe..

sm2 dpt habiskn 6 taun ngan pen0h keMUMTAZan !!

sy ttp syg awk..

walau mcm2 dugaan dtg!

sy still syg awk..

sbb awk baik!

awk byk sabar ngan sy !

sy rs byk skit kn ati awk..

tp awk ttp sbr !

awk sk bg mknn awk kat sy..

sy ni kedekut sket klu bab2 mknn..

hehe..

awk sk wat citer sal....tut2 !

sy sk smbg pe yg awk stat !

insya Allah..

1 hari bley jd novel kot citer kt tu!

kih3

sy syg awk !

sy xpenat nk tulis..

tp sy xreti nk ckp..

xpndai nk luahkn..

ikut mulut~

ACTION speaks LOUDER than words ~

tu sy kalo awk nk tau !

sy syg awk !

insya Allah..

awk shbt sy dunia akhirat!


+ NIENA SYG AYU +