25 May 2010

bila....lalu Allah akn...




bila kau letih dan hilang semangat
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya...

bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan
Allah telah mengira titisan airmatamu...

bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
Allah setia disisimu...

bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan
Allah ada jalan penyelesaian...

bila tiada yang bererti buatmu , keliru dan kecewa
Allah adalah jawapannya...


ukhti sayang..moga imanmu semakin kuat dalam mengahadapi ujian..
belajar rajin2 doakan kejayaan bersama...


|: ingatan se0rang ukhti untuk ukhtinya :|

22 May 2010






Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita sholawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kita ‘kan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah ku jangan kau pikirkan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah




http://www.nazrulnasir.blogspot.com

09 May 2010

jadual sy balik mEsia~




29 JUN 2010


dr cairo - 1.15 a.m
smpai KL - 4.15 p.m


05 OKT 2010

dr KL - 1.30 a.m
smpai cairo - 5.30 a.m

06 May 2010

bismillahirrahmanirrahim~

exam seluruh universiti under KPT mesir DITANGGUHKAN sehingga 12jun..maknanya tiket penerbangan pulang sy ke MALAYSIA YG DIRINDUI turut DITANGGUHKAN secara otomatiknya~huahua..umi abah!kakak nk balik~huhu..umi abh bykkn bersabar utk menunggu kepulangan anakanda dari perantauan!hehe



egypt air..nntkn kedatangan gue~

*maybe ada hikmahnya..insya Allah~

05 May 2010

housemates syg!

korang..
nina nk g mansurah kejap..sehari je!
jgn sedey2 tau..
esk pg nina dh blk..
duk baek2 kat umah..
pka jg t-rah..
trah jg pka..
yanna jg biela..
biela jg yanna..
sumer jg ayu!
dia "bahaye" sket..
kih2
ayu..sori la!mlm ni tido sorang..
syg sumer org..
take care ye!
doakan nina selamat pergi & selamat kembali!



p/s : kalo korang nk tau nina syg korang dunia akhirat!hopefully persahabatan kita sumer Allah redhai & rahmati..nina mintak ampun dr hujung rambut a.k.a hujung tudung hingga la hujung kaki a.k.a hujung stokin..harap korang sudi maafkn nina!ngee~syg korang!
muaaahhhxxxx :)
peringatan buat diri sendiri & sahabat yang disayangi..mudah-mudahan hidup kita sntiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t



MAAF TUK BERPISAH

by TASHIRU



Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku yang selalu mengenangmu selamanya
Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Reff..
Maafkanlah segala khilaf yang tlah kita terlewati
Tlah membawamu kedalam jalan yang melupakan tuhan
Kita memang harus berpisah
Tuk menjaga diri
Untuk kembali mngarungi hidup
Dalam ridho ilahi

Kutahu bahwa dirimu
Mendambakan kasih suci yang sejati yeee
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru ooo
Akan membuat hati menjadi ternodai

Back to reff.
Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah akan menyatukan kita oooooo








hayati lagu ini..syukurlah kal0 kita dpt kesedaran ni~




p/s pihak penaja :

mudah-mudahan cinta hakiki kita pd Yg Berhak lebih dari segala-galanya..nak tau Allah sayang kita ke tidak,tengok diri kita balik..kita sayang Allah x?Allah Maha Adil..Dia sayang hamba2Nya yang sayang Dia.. dan jgn risau kalo kita dpt musibah ..tu tandanya Allah rindu suara kita merintih,memohon pertolongan denganNya..Allah pun tahu rindu hamba2Nya..kita?kadang2 kita lupa manisnya nikmat kalo dpt rasakan "RINDU" pada Allah..lebih manis,SYOK,sedap,tasty,delicious dari rasa rindu sesama hamba..

Ya Allah,nikmatnya rindu itu!manisnya rindu itu!sayangnya nk lepaskan rasa rindu tu.. sakitnya rasa andai Kau tarik nikmat RINDU pdMu Ya Allah..insya Allah!aku kan belajar menyemai rasa RINDU padaMU supaya aku mendapat taburan KASIH SAYANG Mu YA Allah..bersyukurlah wahai diri jika Allah masih menyayangimu..jika Allah meninggalkanmu (na'uzubillah) ,kemana mahu kau cari tempat pergantungan yang tiada tolok bandingannya??hanya Allah sebaik-baik penolong dan peneman!



04 May 2010

takabbur + cuti


bismillahirrahmanirrahim...

terkadang, diri agak terasa kosong dan bosan kerana kelas hanya 6 jam sepanjang short sem ni. Tapi bila muhasabah balik, rasa malu dengan Allah kerana jarang sekali bersyukur dengan nikmat yang ada. bila kelas padat, mengeluh penat. Tapi bila kelas sikit, mengeluh bosan..Allahummaghfirli...
benarlah sabda Nabi: "dua nikmat yang sering manusia lupakan iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang." sebenarnya, ujian kesenangan itu lebih bahaya dan sukar untuk diuruskan berbanding ujian di waktu susah. Namun kita sering lupa dan alpa, ramai antara kita yang leka dengan kejayaan,kecantikan, jawatan, dan kelebihan yang ada pada diri hingga tanpa sedar, sifat takabbur ada pada diri kita. Dalam kelas BTQ (basic themes quran) ada belajar tentang bahayanya sifat takabbur (al kibru) ini menurut imam ghazali iaitu:

1) sifat takabbur inilah menyebabkan syaitan diusir keluar daripada syurga sebagaimana diceritakan Allah dalam firmannya: "Dan ingatlah ketika Kami berfirman pada para malaikat,"sujudlah kamu kepada Adam!". maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri dan ia termasuk golongan yang kafir ( Al-Baqarah: 34.)

2) sabda nabi: sifat takabbur yang ada pada sesorang akan menghalangnya masuk syurga walaupun hanya sebesar zarah sifat takabbur itu

3) seseorang yang bersifat takabbur itu seolah-olah mencabar kekuasaan dan the most perfect names of Allah. hadis qudsi: alkibru ridaii yang bermaksud takabbur itu pakaian aku.

4) kite perlu sedar bahawa tiada apa yang perlu kita banggakan kerana segala kelebihan yang kita ada merupakan milik Allah ta'ala dan Allah berhak menarik nikmat itu bila-bila masa sahaja. Sebenarnya, segala nikmat yang Allah kurniakan adalah sebagai ujian untuk melihat sama ada kita ini hambaNya yang bersyukur atau tidak.

Jadi, kita hendaklah sentiasa menyemai jiwa tawadhu' dalam diri supaya terhindar daripada bala takabbur ini. Jika terdetik di hati untuk berbangga dengan diri sendiri dan meremehkan orang lain, cepat- cepat kita beristighfar agar penyakit takabbur ini tidak menular dan merebak di dalam diri kita sehingga ke tahap yang lebih kritikal.. Ambillah peluang masa lapang dan kemudahan internet ini untuk membaca blog ustaz dan sahabat-sahabat yang lebih berkisar tentang kehidupan ulama' yang zuhud lagi tawadhu' seperti blog alumnikostaq. Teringat saat manis dapat menghadiri majlis ilmu bersama ulama' hebat,Habib Umar pada 10 Januari 2010 di masjid UIA Gombak dan Masjid al-Falah, USJ.
monolog sendirin: " terima kasih Ya Allah. Hati ini menangis, air mataku jatuh bercucuran saat mendengar bacaan al- Quran oleh adik Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari. Sungguh syahdu, meruntun jiwa. Hebatnya orang yang benar- benar meletakkan cintanya pada CINTA YANG HAKIKI. Terasa diri ini terlalu kerdil, hina berbanding dengan ulama' yang sentiasa sabar dalam menuntut ilmu hingga mudah dan laju sahaja bibir menuturkan hadis Nabi dan kalamMU. Moga diri ini mampu istiqomah dan bersabar dalam melakukan ketaatan padaMU dan bersabar daripada melakukan maksiat padaMU"

di sini, saya letakkan link video habib Ali, anak didik Habib Umar tentang kewafatan nabi Muhammad.ucapan yang ikhlas lahir dari hati dan menyentuh jiwa pendengar yang menghayati kalamnya.http://videonazrul.blogspot.com/search/label/Syaikhuna%20Habib%20Ali%20Zainal%20Abidin%20al-Jufri%20hafizahullah"


teringat kata- kata Habib Umar: "SIBUKKAN DIRIMU DENGAN BENDA BERMANFAAT AGAR DIRIMU TIDAK SIBUK DENGAN BENDA TAK BERMANFAAT".. Jadi sempena cuti sem yang bakal menjelang tiba (buat student CFS UIA) dan bagi yang telah lama honeymoon (kawan2 kat matriks), jangan lupa bahawa tiada istilah cuti dalam kamus hidup muslim. Memang tidak dinafikan waktu cuti, kita relax tanpa dibebani assignment, tutor ataupun kerja sbg pelajar. Jadi, kita punya banyak masa kosong tanpa sebarang aktiviti. Tapi, jangan lupa, Allah tak pernah berehat dari mengawasi kite, malaikat rakib atid setia mencatat amal baik buruk kite hatta sewaktu kita holiday. Jadi, TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA TAK PERNAH KENAL CUTI

Sepatutny, kite perlu ambil masa cuti untuk menambah pengetahuan, tingkatkan thaqofah. Kalau selama di kampus, hidup kita hanya bergelumang dengan buku dan kertas akademik, ape salahnya kita ambil peluang waktu cuti untuk bergelumang dengan buku agama, tazkirah yang boleh menghidupkan jiwa, membaca sirah Nabi-nabi dan para sahabat untuk menambahkan iman kita atau membaca blog2 ilmiah.. kalau bukan waktu cuti, bila lagi???? masa itu ibarat air sungai, sekali ia mengalir, kita takkan dapat capai dan sentuhnya lagi. sungguh rugi jika cuti kita ini hanya terisi dgn tidur, melayan tv atau facebook.

Satu lagi, jangan lupa ambil peluang cuti untuk eratkan silaturrahim dengan ahli keluarga. Sebagai anak dara =), ambil peluang ni untuk membantu emak di dapur, belajar memasak atau menjahit atau pape la benda bermanfaat. tapi yg pentingnya, belajarlah memasak sebab itu bonus nak jadi isteri mithali.hee.. isy!!. ckp hal kahwin la plop. bukannye apa, kite kena berpijak atas dunia realiti. kalau tengok, semua duk sibuk cakap hal ni, tp kita patut nilai dulu setakat mana nilai keibuan ada dlm diri kita, kalau saya sendiri, saya punya prinsip: i will reflect myself first. i want to think about it if i've the values of mom in myself. contohnye: kalau kita tengok ibu di dapur, mcm mane perawatakannya. x letih atau merungut kalau memasak, x pernah nak berebut kepak ayam dgn anak2....kalau sekarang ni, still lagi rase culas kalau duk kat dapur lama2, lebih2 lagi kalau kita yang goreng ayam, tetiba adik pula sibuk nak kepak ayam, mesti rasa sakit hati..kita penat2 memasak, dia pula sibuk2 nak pilih. so, kalau sikap ni masih ada dalam diri, ia menunjukkan kite belum matured sepenuhnya.Jadi, JANGAN MEMBAZIR MASA DARI BERFIKIR atau MELAYAN PERASAAN YANG TAK JELAS HALA TUJUNYA, HANYA DAPAT MENAMBAHKAN MAKSIAT PADA HATI.

kesimpulannya, waktu sekarang, fokus utk belajar dan tambah ilmu dulu. HAL YANG PATUT FIKIR KEMUDIAN, FIKIRLAH KEMUDIAN. KALAU KITA NAK PAKSA ANAK AYM MENETAS SEBELUM TIBA WAKTU SEBENARNYA UNTUK MENETAS, IA TAKKAN MENJADI ANAK AYAM YANG NORMAL. Jadi, fikir fikirkanlah. Islam tidak mengajar umatnya sikap gopoh dan terburu- buru.

cinta ALLAH kekal abadi,
x sama seperti cinta manusia,
andai nafsu menguasai diri,
ingatlah dosa, takutlah neraka

segala yang baik dari Allah Ta'ala dan segala yang buruk dari kelemahan sendiri. sekadar mengisi masa terluang sementara menunggu waktu Zohor. Wallahua'lam


kopi note from sahabatku : NAJAH SOLIHAH..

chatting yg meMbahagiAkn~

waktu chatting : lps asar ptg 4Mei
tempat : dirahsiakn..(kih3)..kompem2 laptop pinjam.(psst!thx akk fiffy!)


status ida : nk mk jap.ina ngan angah..kalo ad pape tinggalkan msj ye~


ina : owh..
nk mkn ke?siannye..mkn2 dl...ida..ina sedey la..huhu

ida : dah2..dah siap

ina : cepat nyer


ida : hehe

ina : kih3

ida : bkpo ina??

ina : skang ni kn dh final...tp smgt nk exam final tu kejap ad kejap ilang.byk tido loni..dh la byk lg yg xrevise..sedey kalo xley wat yg terbaik..malu ngan Allah sbb dh bg byk nikmat tp xgn molek..ina malu ngan umi abah sbb sanggup kerja penat2 nk anta ina blja sini tp ina xblaja sepenuh hati..

ida : alhamdulillah..tahniah ina!

ina : nape ida oyak gtu?

ida : ina2......itu lah tarbiyah exam..hurm..ina tau kan tarbiyah tu apa kan?itu tarbiyah special dr Allah utk ina..

ina : insya Allah

ida: hehehe
..special nya....apala penting sgt tarbiyah2 nie????knp lar ida ckp k special sgt ni....hurmm..tarbiyah tu... sgt2 halus (pndangan sndiri)..sbb..... semua bnda yang Allah cipta atas muka bumi ni utk kita..... smuanya... segala2nya utk kita semata..hurm..hurm..maaf....byk sgt hurm ni... hehehe

ina : xpe2

ida : tarbiyah = didikan ..tarbiyah Allah ciptakan utk kita jgk

ina : xsbr nk tunggu kt2 smangat sterusnya..

ida : yg ni sgt special dr Nya..sbb Dia nak didik kita..nak didik kita kepadaNya..kepada redhaNya kepada rahmatNya..tarbiyah tu sndiri..ajar kita mendekatiNy..ajar kita sntiasa mengingati Nya..ajak kita duduk kt sebelah Dia...adu kat Dia ..cerita kat Dia .nangis dlm 'dakapan'Nya ..di saat tu , org lain di luar sna (yg Allah x kasi ksedaran)... sdg leka , leka dgn dunia ni , leka yg Allah itu Maha dekat , leka yg Allah tu nak sgt dgr suara hamba2 Dia yang dtg kt Dia n mengadu.. leka... leka... leka.... (na'uzubilla).tarbiyah tu.... ajar kita... ajak kita... kenal siapa Allah.tarbiyah tu.... itulah yang Nabi kita bawak n ajar kat kita.sbb Nabi tau.... manusia ni.,.. x lepas dr pergantungan kat Allah.manusia ni.... sntiasa jahil , sntiasa lupa .x ingat..ataupun buat2 lupa..buat2 x tau , buat2 x ingt!lalai... leka... kalau yg sntiasa tahu pun smpai satu saat di mn dia akan tiada rasa tika beribadat... sbb terlalu asyik dgn ibadat nya... smpai ibadat tu tiada rasa 'uhm'nya.!sbb time tu.. ibdat tu hanya lah skdr ibadat.. sbb time tu... ibadat tu hanya lah sekadar utk mencukupi kehidupan hariannya..sekadar melpskan tanggungjwb dia kat atas tikar sejadah..sekadar ITU!!!tp dia lupa ibadat tu tarbiyah yg perlu disertakan hati nya..bukan sekadar di atas tikar sejadah , bukan sekadar di masjid2..ina??

ina : iye..

ida : apa yg ina rasa skrg?apa yg ina fikir skrg?msti sgt rasa sesak kan kat dada..sesak sgt!smpai x tau nk bwk keluar kt mana

ina : a'ah


ida : smpai rasa cam x de lubang keluar pun..nangis la...nangis la kat Dia..jgn nangis kat manusia..boleh nangis kt manusia..boleh je.... tp sekadar badan je kt manusia!tinggalkan body tu kat sini tapi... biarkan hati ina , akal ina.... terbang kepadaNya!biar lah ia dibwa kepadaNya..pergilah ina..biarkan smuaNYa..adu lah kat Allah..cerita kt Dia segala-galanya apa yg ina rasa..SEGALA-GALANYA!nanti...bila begitu... akan terasa tenang di jiwa...tenang setenang-tenangnya..kerna Dia akan membelai jiwamu itu..dgn selembut-lembutnya...dengan Kasih sayangNya..kerna dengan pabila kita ingat pada Nya... tidak lain dan tidak bukan... ketenangn itu akan menjalar di hati itu...

ina : insya Allah..thx ida..alhamdulillah!Allah tunjukkn jln yg terbaik melalui ida..

ida : Allah itu Maha dekat dgn hamba2Nya..lagi dekat dari urat nadi kita...

ina : nikmatnya rs dekat ngan Allah!

ida : dan Dia itu adalah sangkaan kita..mksdnya.. apa je yg kita sangka Allah itu kepada kita.. itulah Dia kepada kita..andai kita fikirkan Allah itu sayang kat kita... Dia sayang kita.... faham kan?

ina : insya Allah

ida : namun.... jgn sesekali lupa Allah turut kurniakan kita org2 di sekeliling kita..spt Allah kurniakan ina utk ida..ina... tadabbur lah ayat2 Nya.iAllah akan ditemui segala pnyelesiannya di situ..cthnya andai difikir kita ni lemah dan tidak berguna... Allah kata ' kuntum khaira ummatin tukhrijat linnasi tak muru na bil ma'ruf = kamu ada sebaik2 umat yg diutuskan utk manusia utk mengajak kepd yang ma'ruf..ida x ingt surah apa...maaf.. apa2 je kan..kita boleh jumpa dlm quran..iAllah..ha!ayat td tu...3:110..hehee..ina??ok??

ina : ok2..ya Allah ida..syukur nyer ina..rs sgt2 bertuah & istimewa bl Allah bg cubaan ni..

ida : btul2.. itulah..tarbiyah ida buat masa skrg lain tp ida lagi best kalu dpt mcm ina..




chatting dh tamat..si ina dh rs lega!bahagia n tenang rs hatinya (dia bgtau la~)..nk tau apa tarbiyah yg si ida dpt?dia taknak bgtau..si ina kata dia dah tanya tp ida taknak bgtau jgk..time tu ida tukar topik..hehe.berakhirlah chatting yg membahagiakn..

03 May 2010

rind0o mEsia~

~ bismillahirrahmanirrahim ~


  • rindunya nk balik...

  • apa kabar agaknya mEsia skang ni?

  • sehat ke dia?

  • rindu mknn mEsia

  • rindu bau hujan kat tanah air

  • camner cuaca kat sana skang ek?

  • kereta mesti bz ats jln2 ..

  • best nyer drive..nikmat tu kejap je rs~ :)

  • rs nk drive ronda2 kamp0ng..sy0k!

  • rindu adik2..nk "gaduh2" ngan diorang..

  • diorang rindu sy x???hehe :)

  • rindu lempeng nenekku syg~

  • rindu nk pkai bj baru yg ciklong jahit..

  • rindu nk tgk umi tidur! (Zzzz....)

  • rindunya nk buatkn air utk abah...

  • rindu nk berebut channel tv ngan Adik..

  • manisnya saat disamping keluarga terchenta!

  • rindu nk curi2 pkai perfume cikbee ! ngeee~

  • rindu saat dikejutkan bgn subuh...(mmg liat sgt nk bgn..xde kesedaran lg time tu!hehe)

  • rindu detik2 buat kek ngan adik2..(adik2 rajin nk tlg tp slalu kena marah ngan kakak yg garang ni kn!sian adik2 syg~)

  • rindu suasana pagi jumaat kat kamp0ng..

  • rindu semuanya...


insya Allah 1julai sy dh ad kat mEsia yang dirindui!hehe.padahal tarikh p0n xkompem..Ya Allah,mudahkanlah urusanku Ya Allah..hidup & matiku adalah kerana Mu Ya Allah..
amin..