29 October 2010

cantiknya LELAKI gagahnya WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”


28 October 2010

hayatilah..

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

24 October 2010

alHamdulillah :)


1st of all,alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana membenarkan kami a.k.a ahli Bait Tasnim untuk berkumpul secara rasminya di Dahab Mat'am..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Walhal tiap-tiap hari kot kami gather2 kat rumah.tp jarang2 untuk kami bersama makan di luar.Tambahan pula Yanna a.k.a Akak Mumtaz jarang meng"ada"kan dirinya di rumah lantaran kesibukan kerjayanya yg memerlukan peruntukan masa yg lebih berbanding kebersamaanya bersama kami di rumah.Itu tidak mengapa Yanna yg dicintai.Kami redha.Kami pasrah.Kami rela..(Yanna,anda diminta menyabarkan diri tatkala membaca statement yg tertera diatas..kihkih!).Petang tadi amat2 bermakna.Terasa bagai sebuah keluarga..syg awk2 semua..Best kan pizza a.k.a bizza yg berdiameter 60cm & berharga LE58 sahaja.amat2 berpuas hati!awk2 puas hati x?hehe..Masing-masing punya keletah tersendiri.Xsangka tahun depan masing-masing akan melangkah masuk 20-an.(Kah2!)..jgn sedih,kita patut berbangga dengan statement yg akan menjadi kenyataan!bukan senang tau!hanya yg terpilih sahaja bakal melangkah ke gr0up 20-an..Yg mn syaratnya amatlah ketat iaitu sesiapa yg lahir tahun 1991 sahaja dibenarkan masuk group ini tahun depan!Jadi,kita ini amat2 bertuah.tahniah semua!kih2..Padahal tiada point yg berkaitan dengan peristiwa petang tadi.Alhamdulillah.Diucapkan terima kasih kepada semua ahli baitku NURUL IDAYU WAN YUSOFF,NUR NABILA RIDZUAN,NUR AFIQAH MOHD NAWI,NORATHIRAH MOHD RAHIM N NURFARYANNA FARAHIM SUHAIMI atas kesudian kalian menyumbangkan tenaga dan wang untuk menjayakan rancangan kita pada petang tadi.Insya Allah,minggu depan plan kedua kita lancar diteruskan.Cadangan sudah diutarakan kepada Akak NURUL IZZAH MAT JAIS.Dia amat gembira dengan cadangan itu dan mengatakan ianya BEST.Insya Allah langkah seterusnya akan diserahkan kepada ketua projek kita saudari Yanna.Di sini Nina a.k.a penulis yg menjadi hamba Allah yg lemah dan hina ini ingin memohon seribu kemaafan andai ada yg terguris hati,terasa "liver"..maafkan Nina ye syg2 semua.You know me well!hehe.Insya Allah,jika diberi keizinan dari-Nya Nina ingin menyayangi kalian semua kerana Allah hingga ke syurga!amin..semoga MUMTAZ menjadi nyata &
milik kita semua~




~kami~


pizza bersaiz 60 cm..


makanan tambahan a.k.a pembuka selera


nama rest0ran yg menjadi tempat persinggahan!hehe


saya bersama en.bizza

23 October 2010

aku adalah WANITA


nafsu
mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupa parasnya..

akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya..

hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya..

dan iman mengatakan wanita itu cantik atas dasar agamanya..

walhal wanita itu sendiri adalah RAHSIA..



:| dipetik dari BICARA PEDUSI karya saudari Wardah Syaukiyyah |: