25 May 2012

Status di Facebook (^__^)

1) Di Malaysia
    Para pencinta Islam berusaha sedaya upaya menghalang Irshad Manji daripada bersuara, menyebarkan dakyah dan pemikiran liberal beliau. Ditambah pula dengan status beliau yang merupakan seorang lesbian.

    Tapi usaha itu seakan dipijak-pijak oleh pihak kerajaan dengan menganjurkan Konsert Jutaan Belia. Artis luar negara dijemput. Kemuliaan Rejab dicabul. Jiwa suci belia dirogol. Fitrah untuk kembali kepada kehidupan beragama anak muda belia seusia saya ternoda.

     Saya sangat sedih. Namun Irshad Manji mungkin sedang ketawa. Malaysia kata aku liberal, halau aku. Lebih teruk daripada aku rupa-rupanya.
*************************************************************************************************************
2)  Hati itu Allah pegang
     Keikhlasan bukan sebuah keterpaksaan...
     Keikhlasan tak mengandungi beban...
     Keikhlasan tak menyakitkan...
     Keikhlasan adalah ketulusan dan kerelaan..
     Keikhlasan adalah kebahagiaan sejati..
     Keikhlasan tak pernah mengharapkan sebuah pemberian atau imbalan..
     Keikhlasan adalah sebuah cahaya yg menyinari setiap sudut-sudut gelap jiwa, dan     menghangatkan hati yang membeku oleh ego...

     Ikhlaskan hati kita tanpa ada sedikitpun beban, luka, paksaan atau sesuatu yg masih  mengganjal.

     Semoga hati, fikiran, jiwa, dan raga kita selalu dilingkupi oleh indahnya keikhlasan..♥..
***************************************************************************************************************
3) Pilihanraya di Mesir   
>> Gembira mendapat berita Mursi bakal masuk pusingan ulangan tapi sedih bila tahu lawannya ialah Ahmed Syafiq. Tak sangka sokongan hebat rakyat Mesir buat Syafiq. Adakah rakyat Mesir lupa terhadap ribuan syuhada' mereka yg gugur selama 18 hari menjelang revolusi, darah Syeikh Imad Effat yg membasahi bumi Tahrir, 70 korban serangan samseng di Stadium Port Said awal Februari lepas dan 20 nyawa yg terkorban dlm Peristiwa Abbasiyah? Muhasabah juga buat negeri Gharbiyah (Tanta) dan Daqahliyah (Mansurah) bila Ahmed Syafiq menang besar di dua negeri ini. Apa yang rakyat mahukan sebenarnya dari Syafiq? Atau memang wujud penipuan? Wallahu'alam. Apa yg pasti, bila Syafiq masuk pusingan ulangan,tentera dan polis tentu akan habis-habisan bekerja utk menangkan orang tua ni. 
>> Penulis Mesir, Khalid Yusuf: "Aku bertanya seorang sahabat dari Kristian, siapa calon yang menjadi pilihannya? Jawabnya, "Sudah tentu Ahmed Syafiq." Lantas aku bertanya, "Kenapa?" Jawabnya, "Kerana arahan dari pihak pentadbiran gereja supaya undi Syafiq!"

Aku terfikir adakah pihak gereja terlupa darah korban mereka dengan memilih Syafiq? Masyarakat Qibti juga sering menjadi mangsa terutama dalam peristiwa pengeboman gereja di Iskandariah awal Januari 2011 dan serangan gereja di Imbabah sblm ini.
>> Dr Mohamed Mursy mendahului Ahmad Syafiq dgn 550 000 undi. Rasanya ini bkn angka selamat utk pusingan kedua.

tp mengambil kira jangkaan pengundi Dr Mon'em akan beralih kpd Dr Mursy, angkanya agak meyakinkan. Moga yg terbaik utk ummu dunya. Cukup2lah sekular :D


>> Ada benarnya fakta Ketua Kristian Koptik suruh undi Ahmad Shafiq (Pro-Mubarak). Penganut Kristian Koptik di Mesir tak sampai 10%. Kebanyakannya educated & tinggal di bandar. Yang educated ni biasanya keluar mengundi. Ditambah pula ada kemungkinan juga puak koptik ni rasa survival mereka terancam kalau undi Ikhwan Muslimin (IM) dan IM menang.

Walaupun disuruh undi calon Pro-Mubarak, alhamdulillah, calon Islam tetap menang juga. Tapi lihat pada pecahnya undi bagi calon Islamis. 

IM yang sudah wujud lebih 80 tahun pun susah lagi orang nak terima. Apatah lagi PAS yang muda sikit daripada tu, hampir 60 tahun. Apatah lagi gerakan yang baru-baru ni ha. Mari belajar dari senario politik Mesir.

Jangan takabbur sangat dalam berdakwah. Lihat di Mesir, undi calon Islamis pecah. Tersilap langkah, Islam yang kita canang itu rebah. Jangan buat benda dan fakta yang kelirukan ummah. Ajak masyarakat supaya kembali kepada gerakan dan jemaah. Terlebih cantik andai disatukan amal dan fikrah.

Ok, fine la tak kisah nak pelbagai dalam uslub tarbiyah. Ya, masing-masing punya perangai & kerenah. Tapi bila tiba bab politik dan siyasah, ijtihad gerakan Islam, sokonglah. 

Sekadar ulasan berkenaan Pilihanraya Presiden Mesir yang lemah dari saya, mahasiswa kuliah perubatan yang tak belajar usul fiqh.


  

***************************************************************************************************************

4) Syria
Hari ini (Jumaat, 25 Mei 2012), rakyat Syria menamakan perhimpunan mereka "جمعة دمشق موعدنا القريب" (Jumaat Damsyiq, Perjanjian Kita Telah Hampir".

Insya-Allah, janji kemenangan daripada Allah telah hampir tiba. Teruskan berdoa agar Allah mengurniakan kemenangan kepada mereka.
 
***************************************************************************************************************
5) LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU - KUALA KRAI. tanpa TOL.
Pelaburan Akhirat. MLM yg disahkan Halal oleh Islam.
"Setiap keselesaan jalan yg dilalu oleh anok cucu demo n anok cucu orang lain akan mendapat pahala sekiranya anda menderma dngan ikhlas"
************************************************************************************************************** 
6) Menulislah perkara yang bermanfaat :) [dush!kena di muka sekali!]
Bukan hanya percakapan yang akan menjadi penilaian pada timbangan neraca akhirat kelak, malah tulisan juga sangat berat penilaiannya kelak. Jika baik apa yang ditulis maka baiklah natijahnya, jika buruk dan jelek apa yang dikarang dan disajikan pada pembaca maka buruk jugalah natijahnya 
 
~kesemua status di atas diupdate oleh kenalan FB yang membuatkan diri ini terdiam seketika dan berfikir.. Moga Allah merahmati para peng"update" status itu~
(^___^) v 
**********************************

23 May 2012

Marah itu sayang

teguran bukan tanda diri ini membencimu ,
tapi itu maknanya diri ini prihatin akan kamu!
ingin kamu sama-sama berada dalam redhaNya,
selamat dari ancaman musuh di luar.
bukan jua bermakna diri ini sudah sempurna,
hingga mampu melihat kesalahan dirimu.
ingin sama-sama memperbaiki diri,
agar kita masih dapat bersama,
melangkah di dunia penuh onak dan duri,
tidak mudah jatuh dan kalah pada hawa nafsu yang cuma menunggu masa.
Moga redha dan rahmat Allah sentiasa memayungi kita hingga akhirnya.


:)

Dia pilihanku


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih panjang lagi umurku pada hari ini, 2 Rejab 1433. Allah Maha Kuasa, Pencipta seluruh alam dan isinya. Selawat dan salam ke atas Kekasih yang dirindui saban hari, Rasulullah sollahualaihiwassalam. Moga-moga masih ada sinar itu, sinar kebahagiaan dan ketenangan dalam rahmatNya pada hari ini.

Dia pilihanku?

SIAPA DIA??

Dia, calon IMAMKU, bakal teman seperjuangan, bakal seorang ayah kepada anak - anakku.

     Serius bunyi entri kali ini. Tetapi hakikatnya itulah, isu panas ini bukanlah suatu perkara yang boleh diperlakukan seperti mainan lagaknya. Yang watak-wataknya boleh diambil sebegitu sahaja tanpa ada kriteria yang tertentu, tanpa berlakunya tapisan terlebih dahulu. Ya! Jangan terlalu memilih tetapi janganlah terlalu menerima tanpa memeriksa. Jangan menempah bahaya sahabat! Sedangkan makanan yang boleh hilang 2-3 jam selepas dimakan pun kita akan memeriksa dengan seteliti mungkin tarikh luput, khasiatnya apatah lagi ini CALON PENDAMPING SEUMUR HIDUP KITA hingga ke syurga. Peneman perjuangan kita dalam jalan ini. Imam kita! Tidak boleh tidak harus ada kriteria yang khas! :)

     Dulu, diri ini pernah meletak beberapa kriteria spesifik untuk calon imamku. Kriteria seorang gadis yang memilih bukan muslimah! Lebih melihat pada fizikal luaran dan asal-usul bukannya pada dasar akidah dan akhlaknya. Tidak mahukan yang bidang kerjayanya yang sama doktor, dikhuatiri anak-anak tidak akan terjaga dengan sebaik mungkin. Mahukan yang lebih tua dari usia sendiri, lebih matang fikirku! Kalau boleh tidak mahu yang satu negeri, nanti kampung dekat sangat. Tapi itu kisah zaman lampau. Tika diri ini belum mengerti peri pentingnya sebuah baitul muslim itu. Tika diri ini masih belum mendalami tanggungjawab yang perlu digalas selepas selesainya satu akad nikah itu. Tika diri ini kosong dalam ilmu perkahwinan.
[sebab itulah Allah belum munculkan jodohku lagi. Baru ku mengerti sekarang~]

    Mendengar akan sebuah ceramah Ustaz Kazim Elias, beliau menyatakan dua perkara yang penting dalam memilih bakal suami atau isteri iaitu AGAMA dan AKHLAK. Ada agama tetapi tidak beramal dengan apa yang dipelajari maka jadilah akhlak yang tidak seberapa cukup. Mulalah baitul muslim yang dibina bergolak. Si suami memarahi si isteri! Depan khalayak bukan main sopan santunnya, pabila di rumah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Lain pula kisahnya apabila akhlak bagus, 100% tetapi agamanya tiada. Rumahtangga yang mula mengorak langkah, membina bahagia akan hilang serinya, hilang bahagia. Tuntutan agama tidak dilunaskan dengan sebaik mungkin. Hukum hakam dibuat main seperti tiada apa-apa. Tiada guna juga akhirnya.

     Kesimpulannya, jangan terlalu memilih, mahukan yang kerjanya berjawatan tinggi, rupa parasnya lagak pelakon popular, boleh melancong ke sana sini..Bagi diri ini, cukuplah dua syarat di atas menjadi syarat utama jika itu dapat membantu diri ini berjuang di jalan Allah dan mendapat rahmat serta redha Allah hingga ke syurgaNya. Allahuakbar! Jika yang datang itu punya kerja yang bagus, rupa yang selesa dipandang, itu ganjaran dari Allah untuk hambaNya yang lemah ini. Dalam kita memohon kepada Allah yang kita inginkan punya syarat-syarat itu, mahu tidak mahu kita juga harus mempersiapkan diri ini dengan dua syarat itu. 

     Sungguh Allah sudah berjanji bahawa lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Dan diri ini pernah juga membaca suatu pepatah "Lelaki harus mempersiapkan diri menjadi imam yang terbaik, tidak perlu mencari makmun yang solehah kerana dia imam, memimpin makmun itu. Sebaliknya untuk wanita,carilah imam yang terbaik kerana dia yang bakal memimpinmu. Namun, kita juga harus mempersiapkan diri kita menjadi makmun yang terbaik juga untuk imam yang bakal dihadiahkan oleh Allah pada masa yang terbaik nanti! Sama-sama melengkapi antara satu sama lain. 



Hanya Allah mengetahui yang terbaik buat hambanya. Semoga Allah meredhai setiap tindakan sehingga beroleh syurgaNya.


21 May 2012

Rejab datang lagi petanda Ramadhan bakal muncul


SELAMAT DATANG BULAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN, DOAKAN AGAR KITA SEMPAT DENGANNYA:

  
 

Hari Selasa ni bermula 1 Rejab, jadi malam ini adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi, malam ini, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari malam ini. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.


Ramadhan bakal muncul..Moga aku sempat bersamanya tahun ini. Dan Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..Allahuakbar!
 

17 May 2012

LEBUH RAYA KOTA BHARU - KUALA KRAI


  1. Sistem gotong-royong - mengajak syarikat-syarikat pembekal untuk menyumbang bahan-bahan yang diperlukan. Bukan tiada duit tetapi mahu mengambil spirit rakyat (SOLIDARITI).
  2. Kuori dan pasir diberi secara percuma .
  3. Mesra alam - wujudnya laluan untuk binatang liar .
  4. Tempoh 2 tahun dan lebih (sedikit) walaupun hanya 33km - adanya wktu kecemasan (semasa musim banjir,diperlahankan proses gerak kerja) --> kualiti didahulukan :D
  5. Membina sendiri lebuh raya sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan .
  6. Berdekatan dengan tapak cadangan stadium - laluan alternatif dari BANDAR BARU RED WARRIOR ke KOTA BHARU. (mudah untuk peminat Red Warrior :) )
  7. Tiada tol dikenakan :D


 
*ini sudut pandangan peribadi saya sebagai anak kelantan!
*pandai-pandai fikir PRU 13 milik siapa sepatutnya..

16 May 2012

"Sistem Semut" vs "Touch n Go"

Dulu ukhuwah "sistem semut" , sekarang sistem sudah berubah menjadi "touch n go"..

   Suatu perumpamaan bilamana kita bersiar-siar di jalanan di Tanta khususnya, jumpa sahabat-sahabat, bertegur sapa, bertukar cerita. Betul kata Anis Anisha, bajet keluar 15 minit ada yang terlajak sehingga setengah jam. Dek kerana manisnya ukhuwah "sistem semut" itu. Masa yang lama menjadi sekejap cuma. Jika langkah kanan, dijemput ke rumah, menjamu selera. :D

    Ukhuwah "touch n go" pun apa kurangnya. Hebat jua! Jumpa, dari jauh tersenyum, lambai-lambai tangan, pabila berselisih yang sempat bertukar hanya secebis senyuman. :) Tetap manis, cuma kurang nikmat di situ. Manis yang tidak lama dirasa. Hilang senyum dari pandangan, hilang manis itu.

    Moga-moga tautan yang terbina ini bukan sekadar tercatat di muka buku mahupun blog sahaja. Bukan omongan kosong. Semoga ianya diselami hingga ke dasar hati kerana Dia. Indah dan manisnya ukhuwah itu hanya akan dirasa apabila kita cuba untuk merasa.

*Kadang-kadang diri ini pernah jua melalui kedua-dua sistem. Hakikat yang dapat dikongsi adalah "sistem semut" lebih manis itu benar !
♥ ♥ ♥
 

(~_^)v

I'm gonna be around

It's been so long since we took the time
to share words from deep inside us
We're in our own world spinning our wheels
but you know how I feel

since the first time I took your hand
my love for you has just been growing
You always seem to understand
You know how I am

Chorus:
I'm gonna love you til the end
I'm gonna be your very true friend
I wanna share your ups and downs
I'm gonna be around

When you're alone cause I'm away
don't be sad don't be afraid
I'm gonna turn my thoughts to you
like I always do

Chorus:
I'm gonna love you til the end
I'm gonna be your very true friend...

Catch you when you fall
Hold you when you down
Sharing every moment
I wanna show you all I do
I believe I’ve found a miracle
in you

Chorus:
I'm gonna love you til the end
I'm gonna be your very true friend...

Penat tetapi perlu diteruskan jua!

Bismillahirrahmanirrahim..

Mulakan dengan memuji yang selayaknya, Allah Maha Besar. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi akhir zaman, Rasulullah sollahualaihiwassalam. Semoga apa yang dicoretkan ini mendapat redhaNya.

Allah..PENAT!Penat membaca berita yang kadang-kadang tidak masuk akal. Penat mendengar dan melihat fitnah dilontarkan seperti ianya tiada apa yang perlu ditakuti. Penat memikirkan adakah aku proaktif atau reaktif dengan sesuatu isu? Penat melayan kerenah diri sendiri yang tidak mampu untuk membuat sesuatu, diam seribu bahasa. Apa ini cara yang Baginda sollahualaihiwassalam tinggalkan untuk umatnya? 


Benarlah hadis Baginda sollahualaiwassalam :-

Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah sollahualaiwassalam bersabda:

'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"

maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'

Nabi sollahualaiwassalam menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah sollahualaiwassalam menjawab, 
"CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"

Keterangan

Memang umat benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah sollahualaiwassalam Keadaan umat Islam menggambarkan kebenaran sabda Rasulullah sollahualaiwassalam

Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1000 juta(1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh, dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan umat Islam.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan' yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan "takut mati". Kedua-dua penyakit in tidak dapat dipisahkan.

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil untuk mendermakan harta di jalan Allah S.W.T. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah S.W.T. 

Kita berdoa agar Allah S.W.T menurunkan mushrahNya kepada kaum Muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.



Tidak perlu menjenguk negara Eropah yang lain. Cukuplah segala "contoh teladan" dalam negara sendiri. 
Kuman di seberang lautan jelas kelihatan, gajah di hadapan tidak nampak. 

 

14 May 2012

15 Mei 1948 !

64 tahun nakbah dulu dan kini1 215x300 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar 15hb Mei 1948 – 64 tahun Nakbah

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.


Pencetus penubuhan negara Yahudi

theodor herzl 216x300 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian  antarabangsa.

Holocaust.

hitler nazi parade 300x184 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar

Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

holocaust 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Holocaust ciptaan bersama Hitler dan Zionis

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun  dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Arab League Conference 300x199 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar 

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.


Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin

nakba031 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar 
Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.



64 tahun An Nakbah

Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi Palestin.

tentera Israel al aqsa 300x205 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Penodaan kesucian al Quds

Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa .

Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis  menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

anak anak gaza1 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar 

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman  yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.



Sambutan 64 Tahun kelahiran Israel

breaking news 300x200 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar

Hari Selasa ini, 15 hb Mei 2012 adalah tahun ke 64 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.

Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.

umat Gaza1 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Kebangkitan generasi pendokong Intifadhah

1-Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intiadah yang ke 3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.

2-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.

mujahidah gaza 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Kelahiran ratusan ribu mujahid dan mujahidah muda

3-Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.

4-Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.

turkey jet 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar 
5-Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.

6-Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.

7-Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian untuk menjayakannya.

GazaBig 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Bom demografi : Setiap keluarga Palestin punyai 10-12 cahayamata

8-Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang

9-Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.

10-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.

al Qassam 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Briged al Qassam yang begitu digeruni musuh

Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya.

Tarikh luput Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.

Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.

Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.

Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak !

al aqsa 64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar
Al Aqsa pastinya akan bebas jua....

13 May 2012

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?


 
Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.


Jodoh?

Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?

Anda punyai misi untuk Islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya



Mari Menjadi Hamba kepada Pencipta!

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!



Jangan terlalu fikirkan cinta~

Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.

Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.


Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."