04 May 2010

takabbur + cuti


bismillahirrahmanirrahim...

terkadang, diri agak terasa kosong dan bosan kerana kelas hanya 6 jam sepanjang short sem ni. Tapi bila muhasabah balik, rasa malu dengan Allah kerana jarang sekali bersyukur dengan nikmat yang ada. bila kelas padat, mengeluh penat. Tapi bila kelas sikit, mengeluh bosan..Allahummaghfirli...
benarlah sabda Nabi: "dua nikmat yang sering manusia lupakan iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang." sebenarnya, ujian kesenangan itu lebih bahaya dan sukar untuk diuruskan berbanding ujian di waktu susah. Namun kita sering lupa dan alpa, ramai antara kita yang leka dengan kejayaan,kecantikan, jawatan, dan kelebihan yang ada pada diri hingga tanpa sedar, sifat takabbur ada pada diri kita. Dalam kelas BTQ (basic themes quran) ada belajar tentang bahayanya sifat takabbur (al kibru) ini menurut imam ghazali iaitu:

1) sifat takabbur inilah menyebabkan syaitan diusir keluar daripada syurga sebagaimana diceritakan Allah dalam firmannya: "Dan ingatlah ketika Kami berfirman pada para malaikat,"sujudlah kamu kepada Adam!". maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri dan ia termasuk golongan yang kafir ( Al-Baqarah: 34.)

2) sabda nabi: sifat takabbur yang ada pada sesorang akan menghalangnya masuk syurga walaupun hanya sebesar zarah sifat takabbur itu

3) seseorang yang bersifat takabbur itu seolah-olah mencabar kekuasaan dan the most perfect names of Allah. hadis qudsi: alkibru ridaii yang bermaksud takabbur itu pakaian aku.

4) kite perlu sedar bahawa tiada apa yang perlu kita banggakan kerana segala kelebihan yang kita ada merupakan milik Allah ta'ala dan Allah berhak menarik nikmat itu bila-bila masa sahaja. Sebenarnya, segala nikmat yang Allah kurniakan adalah sebagai ujian untuk melihat sama ada kita ini hambaNya yang bersyukur atau tidak.

Jadi, kita hendaklah sentiasa menyemai jiwa tawadhu' dalam diri supaya terhindar daripada bala takabbur ini. Jika terdetik di hati untuk berbangga dengan diri sendiri dan meremehkan orang lain, cepat- cepat kita beristighfar agar penyakit takabbur ini tidak menular dan merebak di dalam diri kita sehingga ke tahap yang lebih kritikal.. Ambillah peluang masa lapang dan kemudahan internet ini untuk membaca blog ustaz dan sahabat-sahabat yang lebih berkisar tentang kehidupan ulama' yang zuhud lagi tawadhu' seperti blog alumnikostaq. Teringat saat manis dapat menghadiri majlis ilmu bersama ulama' hebat,Habib Umar pada 10 Januari 2010 di masjid UIA Gombak dan Masjid al-Falah, USJ.
monolog sendirin: " terima kasih Ya Allah. Hati ini menangis, air mataku jatuh bercucuran saat mendengar bacaan al- Quran oleh adik Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari. Sungguh syahdu, meruntun jiwa. Hebatnya orang yang benar- benar meletakkan cintanya pada CINTA YANG HAKIKI. Terasa diri ini terlalu kerdil, hina berbanding dengan ulama' yang sentiasa sabar dalam menuntut ilmu hingga mudah dan laju sahaja bibir menuturkan hadis Nabi dan kalamMU. Moga diri ini mampu istiqomah dan bersabar dalam melakukan ketaatan padaMU dan bersabar daripada melakukan maksiat padaMU"

di sini, saya letakkan link video habib Ali, anak didik Habib Umar tentang kewafatan nabi Muhammad.ucapan yang ikhlas lahir dari hati dan menyentuh jiwa pendengar yang menghayati kalamnya.http://videonazrul.blogspot.com/search/label/Syaikhuna%20Habib%20Ali%20Zainal%20Abidin%20al-Jufri%20hafizahullah"


teringat kata- kata Habib Umar: "SIBUKKAN DIRIMU DENGAN BENDA BERMANFAAT AGAR DIRIMU TIDAK SIBUK DENGAN BENDA TAK BERMANFAAT".. Jadi sempena cuti sem yang bakal menjelang tiba (buat student CFS UIA) dan bagi yang telah lama honeymoon (kawan2 kat matriks), jangan lupa bahawa tiada istilah cuti dalam kamus hidup muslim. Memang tidak dinafikan waktu cuti, kita relax tanpa dibebani assignment, tutor ataupun kerja sbg pelajar. Jadi, kita punya banyak masa kosong tanpa sebarang aktiviti. Tapi, jangan lupa, Allah tak pernah berehat dari mengawasi kite, malaikat rakib atid setia mencatat amal baik buruk kite hatta sewaktu kita holiday. Jadi, TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA TAK PERNAH KENAL CUTI

Sepatutny, kite perlu ambil masa cuti untuk menambah pengetahuan, tingkatkan thaqofah. Kalau selama di kampus, hidup kita hanya bergelumang dengan buku dan kertas akademik, ape salahnya kita ambil peluang waktu cuti untuk bergelumang dengan buku agama, tazkirah yang boleh menghidupkan jiwa, membaca sirah Nabi-nabi dan para sahabat untuk menambahkan iman kita atau membaca blog2 ilmiah.. kalau bukan waktu cuti, bila lagi???? masa itu ibarat air sungai, sekali ia mengalir, kita takkan dapat capai dan sentuhnya lagi. sungguh rugi jika cuti kita ini hanya terisi dgn tidur, melayan tv atau facebook.

Satu lagi, jangan lupa ambil peluang cuti untuk eratkan silaturrahim dengan ahli keluarga. Sebagai anak dara =), ambil peluang ni untuk membantu emak di dapur, belajar memasak atau menjahit atau pape la benda bermanfaat. tapi yg pentingnya, belajarlah memasak sebab itu bonus nak jadi isteri mithali.hee.. isy!!. ckp hal kahwin la plop. bukannye apa, kite kena berpijak atas dunia realiti. kalau tengok, semua duk sibuk cakap hal ni, tp kita patut nilai dulu setakat mana nilai keibuan ada dlm diri kita, kalau saya sendiri, saya punya prinsip: i will reflect myself first. i want to think about it if i've the values of mom in myself. contohnye: kalau kita tengok ibu di dapur, mcm mane perawatakannya. x letih atau merungut kalau memasak, x pernah nak berebut kepak ayam dgn anak2....kalau sekarang ni, still lagi rase culas kalau duk kat dapur lama2, lebih2 lagi kalau kita yang goreng ayam, tetiba adik pula sibuk nak kepak ayam, mesti rasa sakit hati..kita penat2 memasak, dia pula sibuk2 nak pilih. so, kalau sikap ni masih ada dalam diri, ia menunjukkan kite belum matured sepenuhnya.Jadi, JANGAN MEMBAZIR MASA DARI BERFIKIR atau MELAYAN PERASAAN YANG TAK JELAS HALA TUJUNYA, HANYA DAPAT MENAMBAHKAN MAKSIAT PADA HATI.

kesimpulannya, waktu sekarang, fokus utk belajar dan tambah ilmu dulu. HAL YANG PATUT FIKIR KEMUDIAN, FIKIRLAH KEMUDIAN. KALAU KITA NAK PAKSA ANAK AYM MENETAS SEBELUM TIBA WAKTU SEBENARNYA UNTUK MENETAS, IA TAKKAN MENJADI ANAK AYAM YANG NORMAL. Jadi, fikir fikirkanlah. Islam tidak mengajar umatnya sikap gopoh dan terburu- buru.

cinta ALLAH kekal abadi,
x sama seperti cinta manusia,
andai nafsu menguasai diri,
ingatlah dosa, takutlah neraka

segala yang baik dari Allah Ta'ala dan segala yang buruk dari kelemahan sendiri. sekadar mengisi masa terluang sementara menunggu waktu Zohor. Wallahua'lam


kopi note from sahabatku : NAJAH SOLIHAH..

No comments: