07 June 2012

Kesan Yang Tersendiri

 Satu ayat yang biasa-biasa sahaja mampu membawa 1001 mesej yang berlainan pada setiap yang membacanya dan mungkin jua memberi 1001 macam kesan kepada individu itu. maka berhati-hatilah dalam gaya kita berbahasa mahupun bertutur.


Bismillahirrahmanirrahim ..

   Satu perkara yang Allah lintaskan di hati ini supaya berfikir dan jangan melakukan sesuatu, berkata-kata atau menulis apa-apa secara melulu, mengikut nafsu. 

   Kadang-kadang kita terlupa, lalai dan tidak seberapa mana menjaga status Facebook, Yahoo Messenger mahupun segala jenis macam bentuk penulisan kita. Tanpa kita sedar, mungkin juga bukan hanya kita dan keluarga mahupun sahabat yang terdekat yang melihat dan membaca ayat-ayat itu, bahkan kemungkinan besar seluruh dunia yang memahami bahasa yang sama turut membacanya, menafsir dalam pelbagai fahaman dan memberi kesan terhadap dirinya dan sekeliling.

   Allah menciptakan manusia dengan pelbagai. Ada yang berperangai jenis A, B mahupun sehingga habis semua abjad tidak semestinya perangai itu akan sama. Jadi, tidak kesemua orang akan ada fahaman yang sama ke atas setiap apa yang dilihat mahupun yang berlaku pada dirinya. Walhal dalam cara menulis abjad sekalipun, ada yang menulis "A" dengan pelbagai gaya walaupun belajar dari guru yang sama.

   Sebab itu janganlah terlalu cepat melatah terhadap sesuatu situasi yang kadang-kadang menyakitkan hati kita. Kemungkinan apa yang ingin disampaikan berlainan dengan apa yang sedang kita fahami. Cara terbaik jika kita bersemuka dan bertanyakan perihal sebenar. Dan jika tiada kemampuan, tarik nafas seketika, berfikir mengapa Allah tunjukkan itu kepada aku? Sudah semestinya Dia ada sesuatu yang ingin ditunjukkan supaya kita berfikir. 

   Tiada yang sia-sia di dalam dunia ini. Semuanya ada pengajarannya. Hanya kita sahaja yang kurang berhati-hati jika masih terjatuh pada lubang yang sama.

   Sama-sama kita fikirkan, kenapa Allah ciptakan kita menjadi kita sekarang. Dia ada sesuatu untuk kita. Kejar untuk itu! Mahukah kita sentiasa berada pada tahap yang sama, tanpa usaha untuk menjadi yang terbaik bilamana Sang Pencipta sudah menjanjikan bahawa,
 " Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah. [ 110 : Al Imran ] "


25 May 2012

Status di Facebook (^__^)

1) Di Malaysia
    Para pencinta Islam berusaha sedaya upaya menghalang Irshad Manji daripada bersuara, menyebarkan dakyah dan pemikiran liberal beliau. Ditambah pula dengan status beliau yang merupakan seorang lesbian.

    Tapi usaha itu seakan dipijak-pijak oleh pihak kerajaan dengan menganjurkan Konsert Jutaan Belia. Artis luar negara dijemput. Kemuliaan Rejab dicabul. Jiwa suci belia dirogol. Fitrah untuk kembali kepada kehidupan beragama anak muda belia seusia saya ternoda.

     Saya sangat sedih. Namun Irshad Manji mungkin sedang ketawa. Malaysia kata aku liberal, halau aku. Lebih teruk daripada aku rupa-rupanya.
*************************************************************************************************************
2)  Hati itu Allah pegang
     Keikhlasan bukan sebuah keterpaksaan...
     Keikhlasan tak mengandungi beban...
     Keikhlasan tak menyakitkan...
     Keikhlasan adalah ketulusan dan kerelaan..
     Keikhlasan adalah kebahagiaan sejati..
     Keikhlasan tak pernah mengharapkan sebuah pemberian atau imbalan..
     Keikhlasan adalah sebuah cahaya yg menyinari setiap sudut-sudut gelap jiwa, dan     menghangatkan hati yang membeku oleh ego...

     Ikhlaskan hati kita tanpa ada sedikitpun beban, luka, paksaan atau sesuatu yg masih  mengganjal.

     Semoga hati, fikiran, jiwa, dan raga kita selalu dilingkupi oleh indahnya keikhlasan..♥..
***************************************************************************************************************
3) Pilihanraya di Mesir   
>> Gembira mendapat berita Mursi bakal masuk pusingan ulangan tapi sedih bila tahu lawannya ialah Ahmed Syafiq. Tak sangka sokongan hebat rakyat Mesir buat Syafiq. Adakah rakyat Mesir lupa terhadap ribuan syuhada' mereka yg gugur selama 18 hari menjelang revolusi, darah Syeikh Imad Effat yg membasahi bumi Tahrir, 70 korban serangan samseng di Stadium Port Said awal Februari lepas dan 20 nyawa yg terkorban dlm Peristiwa Abbasiyah? Muhasabah juga buat negeri Gharbiyah (Tanta) dan Daqahliyah (Mansurah) bila Ahmed Syafiq menang besar di dua negeri ini. Apa yang rakyat mahukan sebenarnya dari Syafiq? Atau memang wujud penipuan? Wallahu'alam. Apa yg pasti, bila Syafiq masuk pusingan ulangan,tentera dan polis tentu akan habis-habisan bekerja utk menangkan orang tua ni. 
>> Penulis Mesir, Khalid Yusuf: "Aku bertanya seorang sahabat dari Kristian, siapa calon yang menjadi pilihannya? Jawabnya, "Sudah tentu Ahmed Syafiq." Lantas aku bertanya, "Kenapa?" Jawabnya, "Kerana arahan dari pihak pentadbiran gereja supaya undi Syafiq!"

Aku terfikir adakah pihak gereja terlupa darah korban mereka dengan memilih Syafiq? Masyarakat Qibti juga sering menjadi mangsa terutama dalam peristiwa pengeboman gereja di Iskandariah awal Januari 2011 dan serangan gereja di Imbabah sblm ini.
>> Dr Mohamed Mursy mendahului Ahmad Syafiq dgn 550 000 undi. Rasanya ini bkn angka selamat utk pusingan kedua.

tp mengambil kira jangkaan pengundi Dr Mon'em akan beralih kpd Dr Mursy, angkanya agak meyakinkan. Moga yg terbaik utk ummu dunya. Cukup2lah sekular :D


>> Ada benarnya fakta Ketua Kristian Koptik suruh undi Ahmad Shafiq (Pro-Mubarak). Penganut Kristian Koptik di Mesir tak sampai 10%. Kebanyakannya educated & tinggal di bandar. Yang educated ni biasanya keluar mengundi. Ditambah pula ada kemungkinan juga puak koptik ni rasa survival mereka terancam kalau undi Ikhwan Muslimin (IM) dan IM menang.

Walaupun disuruh undi calon Pro-Mubarak, alhamdulillah, calon Islam tetap menang juga. Tapi lihat pada pecahnya undi bagi calon Islamis. 

IM yang sudah wujud lebih 80 tahun pun susah lagi orang nak terima. Apatah lagi PAS yang muda sikit daripada tu, hampir 60 tahun. Apatah lagi gerakan yang baru-baru ni ha. Mari belajar dari senario politik Mesir.

Jangan takabbur sangat dalam berdakwah. Lihat di Mesir, undi calon Islamis pecah. Tersilap langkah, Islam yang kita canang itu rebah. Jangan buat benda dan fakta yang kelirukan ummah. Ajak masyarakat supaya kembali kepada gerakan dan jemaah. Terlebih cantik andai disatukan amal dan fikrah.

Ok, fine la tak kisah nak pelbagai dalam uslub tarbiyah. Ya, masing-masing punya perangai & kerenah. Tapi bila tiba bab politik dan siyasah, ijtihad gerakan Islam, sokonglah. 

Sekadar ulasan berkenaan Pilihanraya Presiden Mesir yang lemah dari saya, mahasiswa kuliah perubatan yang tak belajar usul fiqh.


  

***************************************************************************************************************

4) Syria
Hari ini (Jumaat, 25 Mei 2012), rakyat Syria menamakan perhimpunan mereka "جمعة دمشق موعدنا القريب" (Jumaat Damsyiq, Perjanjian Kita Telah Hampir".

Insya-Allah, janji kemenangan daripada Allah telah hampir tiba. Teruskan berdoa agar Allah mengurniakan kemenangan kepada mereka.
 
***************************************************************************************************************
5) LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU - KUALA KRAI. tanpa TOL.
Pelaburan Akhirat. MLM yg disahkan Halal oleh Islam.
"Setiap keselesaan jalan yg dilalu oleh anok cucu demo n anok cucu orang lain akan mendapat pahala sekiranya anda menderma dngan ikhlas"
************************************************************************************************************** 
6) Menulislah perkara yang bermanfaat :) [dush!kena di muka sekali!]
Bukan hanya percakapan yang akan menjadi penilaian pada timbangan neraca akhirat kelak, malah tulisan juga sangat berat penilaiannya kelak. Jika baik apa yang ditulis maka baiklah natijahnya, jika buruk dan jelek apa yang dikarang dan disajikan pada pembaca maka buruk jugalah natijahnya 
 
~kesemua status di atas diupdate oleh kenalan FB yang membuatkan diri ini terdiam seketika dan berfikir.. Moga Allah merahmati para peng"update" status itu~
(^___^) v 
**********************************

23 May 2012

Marah itu sayang

teguran bukan tanda diri ini membencimu ,
tapi itu maknanya diri ini prihatin akan kamu!
ingin kamu sama-sama berada dalam redhaNya,
selamat dari ancaman musuh di luar.
bukan jua bermakna diri ini sudah sempurna,
hingga mampu melihat kesalahan dirimu.
ingin sama-sama memperbaiki diri,
agar kita masih dapat bersama,
melangkah di dunia penuh onak dan duri,
tidak mudah jatuh dan kalah pada hawa nafsu yang cuma menunggu masa.
Moga redha dan rahmat Allah sentiasa memayungi kita hingga akhirnya.


:)

Dia pilihanku


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih panjang lagi umurku pada hari ini, 2 Rejab 1433. Allah Maha Kuasa, Pencipta seluruh alam dan isinya. Selawat dan salam ke atas Kekasih yang dirindui saban hari, Rasulullah sollahualaihiwassalam. Moga-moga masih ada sinar itu, sinar kebahagiaan dan ketenangan dalam rahmatNya pada hari ini.

Dia pilihanku?

SIAPA DIA??

Dia, calon IMAMKU, bakal teman seperjuangan, bakal seorang ayah kepada anak - anakku.

     Serius bunyi entri kali ini. Tetapi hakikatnya itulah, isu panas ini bukanlah suatu perkara yang boleh diperlakukan seperti mainan lagaknya. Yang watak-wataknya boleh diambil sebegitu sahaja tanpa ada kriteria yang tertentu, tanpa berlakunya tapisan terlebih dahulu. Ya! Jangan terlalu memilih tetapi janganlah terlalu menerima tanpa memeriksa. Jangan menempah bahaya sahabat! Sedangkan makanan yang boleh hilang 2-3 jam selepas dimakan pun kita akan memeriksa dengan seteliti mungkin tarikh luput, khasiatnya apatah lagi ini CALON PENDAMPING SEUMUR HIDUP KITA hingga ke syurga. Peneman perjuangan kita dalam jalan ini. Imam kita! Tidak boleh tidak harus ada kriteria yang khas! :)

     Dulu, diri ini pernah meletak beberapa kriteria spesifik untuk calon imamku. Kriteria seorang gadis yang memilih bukan muslimah! Lebih melihat pada fizikal luaran dan asal-usul bukannya pada dasar akidah dan akhlaknya. Tidak mahukan yang bidang kerjayanya yang sama doktor, dikhuatiri anak-anak tidak akan terjaga dengan sebaik mungkin. Mahukan yang lebih tua dari usia sendiri, lebih matang fikirku! Kalau boleh tidak mahu yang satu negeri, nanti kampung dekat sangat. Tapi itu kisah zaman lampau. Tika diri ini belum mengerti peri pentingnya sebuah baitul muslim itu. Tika diri ini masih belum mendalami tanggungjawab yang perlu digalas selepas selesainya satu akad nikah itu. Tika diri ini kosong dalam ilmu perkahwinan.
[sebab itulah Allah belum munculkan jodohku lagi. Baru ku mengerti sekarang~]

    Mendengar akan sebuah ceramah Ustaz Kazim Elias, beliau menyatakan dua perkara yang penting dalam memilih bakal suami atau isteri iaitu AGAMA dan AKHLAK. Ada agama tetapi tidak beramal dengan apa yang dipelajari maka jadilah akhlak yang tidak seberapa cukup. Mulalah baitul muslim yang dibina bergolak. Si suami memarahi si isteri! Depan khalayak bukan main sopan santunnya, pabila di rumah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Lain pula kisahnya apabila akhlak bagus, 100% tetapi agamanya tiada. Rumahtangga yang mula mengorak langkah, membina bahagia akan hilang serinya, hilang bahagia. Tuntutan agama tidak dilunaskan dengan sebaik mungkin. Hukum hakam dibuat main seperti tiada apa-apa. Tiada guna juga akhirnya.

     Kesimpulannya, jangan terlalu memilih, mahukan yang kerjanya berjawatan tinggi, rupa parasnya lagak pelakon popular, boleh melancong ke sana sini..Bagi diri ini, cukuplah dua syarat di atas menjadi syarat utama jika itu dapat membantu diri ini berjuang di jalan Allah dan mendapat rahmat serta redha Allah hingga ke syurgaNya. Allahuakbar! Jika yang datang itu punya kerja yang bagus, rupa yang selesa dipandang, itu ganjaran dari Allah untuk hambaNya yang lemah ini. Dalam kita memohon kepada Allah yang kita inginkan punya syarat-syarat itu, mahu tidak mahu kita juga harus mempersiapkan diri ini dengan dua syarat itu. 

     Sungguh Allah sudah berjanji bahawa lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Dan diri ini pernah juga membaca suatu pepatah "Lelaki harus mempersiapkan diri menjadi imam yang terbaik, tidak perlu mencari makmun yang solehah kerana dia imam, memimpin makmun itu. Sebaliknya untuk wanita,carilah imam yang terbaik kerana dia yang bakal memimpinmu. Namun, kita juga harus mempersiapkan diri kita menjadi makmun yang terbaik juga untuk imam yang bakal dihadiahkan oleh Allah pada masa yang terbaik nanti! Sama-sama melengkapi antara satu sama lain. 



Hanya Allah mengetahui yang terbaik buat hambanya. Semoga Allah meredhai setiap tindakan sehingga beroleh syurgaNya.


21 May 2012

Rejab datang lagi petanda Ramadhan bakal muncul


SELAMAT DATANG BULAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN, DOAKAN AGAR KITA SEMPAT DENGANNYA:

  
 

Hari Selasa ni bermula 1 Rejab, jadi malam ini adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi, malam ini, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari malam ini. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.


Ramadhan bakal muncul..Moga aku sempat bersamanya tahun ini. Dan Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya..Allahuakbar!