1) Di Malaysia
Para
pencinta Islam berusaha sedaya upaya menghalang Irshad Manji daripada
bersuara, menyebarkan dakyah dan pemikiran liberal beliau. Ditambah pula
dengan status beliau yang merupakan seorang lesbian.
Tapi
usaha itu seakan dipijak-pijak oleh pihak kerajaan dengan menganjurkan
Konsert Jutaan Belia. Artis luar negara dijemput. Kemuliaan Rejab
dicabul. Jiwa suci belia dirogol. Fitrah untuk kembali kepada kehidupan
beragama anak muda belia seusia saya ternoda.
Saya sangat
sedih. Namun Irshad Manji mungkin sedang ketawa. Malaysia kata aku
liberal, halau aku. Lebih teruk daripada aku rupa-rupanya.
*************************************************************************************************************
2) Hati itu Allah pegang
Keikhlasan bukan sebuah keterpaksaan...
Keikhlasan tak mengandungi beban...
Keikhlasan tak menyakitkan...
Keikhlasan adalah ketulusan dan kerelaan..
Keikhlasan adalah kebahagiaan sejati..
Keikhlasan tak pernah mengharapkan sebuah pemberian atau imbalan..
Keikhlasan adalah sebuah cahaya yg menyinari setiap sudut-sudut gelap jiwa, dan menghangatkan hati yang membeku oleh ego...
Ikhlaskan hati kita tanpa ada sedikitpun beban, luka, paksaan atau sesuatu yg masih mengganjal.
Semoga hati, fikiran, jiwa, dan raga kita selalu dilingkupi oleh indahnya keikhlasan..♥..
***************************************************************************************************************
3) Pilihanraya di Mesir
>> Gembira
mendapat berita Mursi bakal masuk pusingan ulangan tapi sedih bila tahu
lawannya ialah Ahmed Syafiq. Tak sangka sokongan hebat rakyat Mesir
buat Syafiq. Adakah rakyat Mesir lupa terhadap ribuan syuhada' mereka yg
gugur selama 18 hari menjelang revolusi, darah Syeikh Imad Effat yg
membasahi bumi Tahrir, 70 korban
serangan samseng di Stadium Port Said awal Februari lepas dan 20 nyawa
yg terkorban dlm Peristiwa Abbasiyah? Muhasabah juga buat negeri
Gharbiyah (Tanta) dan Daqahliyah (Mansurah) bila Ahmed Syafiq menang
besar di dua negeri ini. Apa yang rakyat mahukan sebenarnya dari Syafiq?
Atau memang wujud penipuan? Wallahu'alam. Apa yg pasti, bila Syafiq
masuk pusingan ulangan,tentera dan polis tentu akan habis-habisan
bekerja utk menangkan orang tua ni.
>> Penulis
Mesir, Khalid Yusuf: "Aku bertanya seorang sahabat dari Kristian, siapa
calon yang menjadi pilihannya? Jawabnya, "Sudah tentu Ahmed Syafiq."
Lantas aku bertanya, "Kenapa?" Jawabnya, "Kerana arahan dari pihak
pentadbiran gereja supaya undi Syafiq!"
Aku terfikir adakah
pihak gereja terlupa darah korban mereka dengan memilih Syafiq?
Masyarakat Qibti juga sering menjadi mangsa terutama dalam peristiwa
pengeboman gereja di Iskandariah awal Januari 2011 dan serangan gereja
di Imbabah sblm ini.
>> Dr Mohamed Mursy mendahului Ahmad Syafiq dgn 550 000 undi. Rasanya ini bkn angka selamat utk pusingan kedua.
tp mengambil kira jangkaan pengundi Dr Mon'em akan beralih kpd Dr
Mursy, angkanya agak meyakinkan. Moga yg terbaik utk ummu dunya.
Cukup2lah sekular :D
>> Ada
benarnya fakta Ketua Kristian Koptik suruh undi Ahmad Shafiq
(Pro-Mubarak). Penganut Kristian Koptik di Mesir tak sampai 10%.
Kebanyakannya educated & tinggal di bandar. Yang educated ni
biasanya keluar mengundi. Ditambah pula ada kemungkinan juga puak koptik
ni rasa survival mereka terancam kalau undi Ikhwan Muslimin (IM) dan IM
menang.
Walaupun disuruh undi calon Pro-Mubarak, alhamdulillah, calon Islam tetap menang juga. Tapi lihat pada pecahnya undi bagi calon Islamis.
IM yang sudah wujud lebih 80 tahun pun susah lagi orang nak terima.
Apatah lagi PAS yang muda sikit daripada tu, hampir 60 tahun. Apatah
lagi gerakan yang baru-baru ni ha. Mari belajar dari senario politik
Mesir.
Jangan takabbur sangat dalam berdakwah. Lihat di Mesir,
undi calon Islamis pecah. Tersilap langkah, Islam yang kita canang itu
rebah. Jangan buat benda dan fakta yang kelirukan ummah. Ajak masyarakat
supaya kembali kepada gerakan dan jemaah. Terlebih cantik andai
disatukan amal dan fikrah.
Ok, fine la tak kisah nak pelbagai
dalam uslub tarbiyah. Ya, masing-masing punya perangai & kerenah.
Tapi bila tiba bab politik dan siyasah, ijtihad gerakan Islam,
sokonglah.
Sekadar ulasan berkenaan Pilihanraya Presiden Mesir
yang lemah dari saya, mahasiswa kuliah perubatan yang tak belajar usul
fiqh.
***************************************************************************************************************
4) Syria
Hari ini (Jumaat, 25 Mei 2012), rakyat Syria menamakan perhimpunan
mereka "جمعة دمشق موعدنا القريب" (Jumaat Damsyiq, Perjanjian Kita Telah
Hampir".
Insya-Allah, janji kemenangan daripada Allah telah
hampir tiba. Teruskan berdoa agar Allah mengurniakan kemenangan kepada
mereka.
***************************************************************************************************************
5) LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU - KUALA KRAI. tanpa TOL.
Pelaburan Akhirat. MLM yg disahkan Halal oleh Islam.
"Setiap keselesaan jalan yg dilalu oleh anok cucu demo n anok cucu
orang lain akan mendapat pahala sekiranya anda menderma dngan ikhlas"
**************************************************************************************************************
6) Menulislah perkara yang bermanfaat :) [dush!kena di muka sekali!]
Bukan
hanya percakapan yang akan menjadi penilaian pada timbangan neraca
akhirat kelak, malah tulisan juga sangat berat penilaiannya kelak. Jika
baik apa yang ditulis maka baiklah natijahnya, jika buruk dan jelek apa
yang dikarang dan disajikan pada pembaca maka buruk jugalah natijahnya
~kesemua status di atas diupdate oleh kenalan FB yang membuatkan diri ini terdiam seketika dan berfikir.. Moga Allah merahmati para peng"update" status itu~
(^___^) v
**********************************
No comments:
Post a Comment