26 April 2010

nina tau ira kuat !!

al-Fatihah buat sahabatku NURYNA SAHIRA BT ZULKIFLI atas pemergian ayah kesayangan ke rahmatullah..mudah-mudahan Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang2 yg beriman..insya Allah.





semakin lama semakin banyak berita kematian yang sampai ke pendengaran kita semua.yang ni belum masuk yang kita tak tahu..Allah s.w.t. tak kira siapa,di mana,bagaimana,bila Dia nak jemput kita jumpa Dia..semua tu dah tertulis di Luh Mahfuz.hanya Allah sahaja yang tahu saat itu..bila dah sampai waktu,Allah akan perintahkan malaikat untuk melaksanakan tugasan itu..


setiap kali dengar berita yang satu ni,hati kecil selalu tertanya-tanya,"dah sedia diriku ni andai kata Allah jemput aku saat ini,ketika ini,detik ini??dah cukup ke amalan yang disediakan untuk dijadikan bekalan kat dunia lagi satu??Ada tak hutang piutang yang belum terlangsai??Dah selesai ke semua tanggungjawab,amanah yang Allah berikan pada aku??Allah terima tak taubat aku??"



betapa banyak persoalan yang belum tentu terjawab oleh kita sendiri.macam-macam soalan akan timbul waktu tu..kalau boleh nak je minta dengan Allah lambatkan saat tu.kita cakap"bagilah aku masa sikit lagi.aku nk buat amalan soleh banyak-banyak.."alangkah bagusnya kalau kita dapat peluang sebegitu..tapi Allah dah kata AJAL tu tak akan lambat atau cepat walau sesaat..Allah sendiri menepati masa..


jangka masa hidup kita diibaratkan seperti antara waktu azan,iqamat dengan solat.ketika kita dilahirkan kita disambut dengan laungan azan dan iqamat..saat perginya kita nanti kita disudahkan dengan solat jenazah..alangkah singkatnya hidup kita bila kita menyedari tentang hakikat ini..


boleh lagi ke kita nk bersenang-lenang bila tahu amalan soleh belum cukup??kalau rasa dah banyak,kita fikir betul ke Allah terima amalan tu??banyaknya dosa yang kita buat,yg kt sedar atau tak sedar."mulut aku ni tajam selalu sakitkan hati orang..orang tu maafkan aku x??hati aku ni selalu kutuk arab yang lalu depan mata.agak-agak dia sudi terima 'asif dari aku x?tangan aku ni selalu bagi sedekah,banyak pulak tu tapi ikhlasnya kurang sikit.Allah nak tak terima sedekah aku??aku solat awal waktu sebab nak cepat.cepat solat cepat boleh online..solat aku Allah pandang x?aku tak suka buat kebaikan depan orang sebab takut riak..tapi aku bangga sebab tiap malam aku buat tahajud.tak pernah miss pun..ujub ke namanya tu?"



Ya Allah...betapa lemahnya imanku.diriku saat ini andaikata Kau menjemputku..malunya aku nak berjumpa denganMu dalam keadaan yang hina..Ya Allah,kuatkan semangatku,tetapkan imanku,istiqamahkan aku dalam menjalankan ibadatku padaMu,ikhlaskan niatku hanya keranaMu Ya Allah dan untuk perjuangkan Islam..Ya Allah...Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih,terimalah taubatku,terimalah amalanku walau ianya sebesar zarah..Ya Allah..jemputlah aku disaat keimananku padaMu adalah yang terbaik.amalanku ikhlas keranaMu,hidup dan matiku hanya keranaMu Ya Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta..

aminn..





iraku syg..nina tau ira kuat..kuatkan semangat ye ira..Allah sayang arwah papa ira lebih dari sayang ira pada arwah papa..dan Allah pun sayangkan ira.sebab tu Allah uji ira dengan musibah ini..Allah nak suruh ira lagi kuat dari biasa..Allah nak ira jadi penguat semangat untuk umi,abang dengan kakak ira..kalau diorang tengok ira kuat,diorang pun akan kuat utk hadapi dugaan ni..redhakan hati ira atas pemergian arwah papa ira ye syg..setiap yang hidup ada masanya untuk kembali pada si Pencipta..masa arwah papa ira dah smpai..mana tau 2,3 minit lagi nina pulak ke..Allah tu Maha Berkuasa..kita yg masih hidup ni kena teruskan kehidupan dan jadikan kehidupan kita lebih bermakna dari sebelumnya.kita sama2 doakan mudah-mudahan arwah papa ira ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..insya Allah..





"Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah dari pengikut(nya) yang bertakwa.Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah,tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh).Dan Allah mencintai orang-0rang yang sabar.."

(Ali 'Imran : 146)






Al-Fatihah untuk arwah papa nuryna..takziah untuk nuryna sekeluarga~


3 comments:

Hur Ain~ said...

salam nina..ni hur! :D

kite foloow blog yer

amalina fauzi said...

salam hur..rindu hur..ok!

nuryna said...

salam nina..=)
thnk u nina..terharu sgt2.
nina doakn papa ira tau..=)
sygggg sgttt kt korang..