NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat
oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas
gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara
Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO)
melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb
Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik
Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa
menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb
November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk
mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin.
Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia
kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.
Holocaust.
Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh
Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis
di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara
beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan
Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan
untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.
Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan
bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah
terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra
Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah
penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu
Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Isu Palestin
semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas
tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke
dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP)
milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta
cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang
berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin
semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi
telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947
dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi
manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada
penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap
mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.
Kelemahan Liga Negara Arab
Rakyat
Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana
dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri.
Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi
mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu
perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka
dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami
sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu
hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah
oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam
pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini
dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah
mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British
mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara
Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin
Kesan
langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan
tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih
daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada
sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain
telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum
perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta
terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat
Palestin.
Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang
telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya
amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa
pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk
mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan
rakyat Palestin.
Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal
bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya
dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa
setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat
Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan
pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih
daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan
hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung
halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini
yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan
perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang
Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
64 tahun An Nakbah
Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin
seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan
memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini
Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi
Palestin.
Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak
bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini
merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang
tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan
orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber
pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat
Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
Ramai
di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk
belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah
adalah dari peratusan yang sangat kecil.
Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat
yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan
Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah
pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu.
Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam
sejarah peradaban dunia.
Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin
terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai
holocaust yang lebih hebat.
Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel
ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang
amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan
begitu sahaja.
Sambutan 64 Tahun kelahiran Israel
Hari Selasa ini, 15 hb Mei 2012 adalah tahun ke 64 kelahiran negara
Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi
umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan
peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat
Islam kini.
Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan
berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita akhiri era
sombong mereka itu.
2-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan
umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara
fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.
4-Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan
Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa
demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu
kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan
penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke
atas Israel.
5-Kebangkitan
Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara
terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan
bongkak selama ini.
6-Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan
berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan
statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang
Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.
7-Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat
dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian
untuk menjayakannya.
8-Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang
9-Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang
dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan
pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka
merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.
10-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin
meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di
sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya.
Tarikh luput Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.
Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan
kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang
akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.
Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.
Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak !
No comments:
Post a Comment