16 May 2012

"Sistem Semut" vs "Touch n Go"

Dulu ukhuwah "sistem semut" , sekarang sistem sudah berubah menjadi "touch n go"..

   Suatu perumpamaan bilamana kita bersiar-siar di jalanan di Tanta khususnya, jumpa sahabat-sahabat, bertegur sapa, bertukar cerita. Betul kata Anis Anisha, bajet keluar 15 minit ada yang terlajak sehingga setengah jam. Dek kerana manisnya ukhuwah "sistem semut" itu. Masa yang lama menjadi sekejap cuma. Jika langkah kanan, dijemput ke rumah, menjamu selera. :D

    Ukhuwah "touch n go" pun apa kurangnya. Hebat jua! Jumpa, dari jauh tersenyum, lambai-lambai tangan, pabila berselisih yang sempat bertukar hanya secebis senyuman. :) Tetap manis, cuma kurang nikmat di situ. Manis yang tidak lama dirasa. Hilang senyum dari pandangan, hilang manis itu.

    Moga-moga tautan yang terbina ini bukan sekadar tercatat di muka buku mahupun blog sahaja. Bukan omongan kosong. Semoga ianya diselami hingga ke dasar hati kerana Dia. Indah dan manisnya ukhuwah itu hanya akan dirasa apabila kita cuba untuk merasa.

*Kadang-kadang diri ini pernah jua melalui kedua-dua sistem. Hakikat yang dapat dikongsi adalah "sistem semut" lebih manis itu benar !
♥ ♥ ♥
 

No comments: